Ni masa proses buat tiang 'stan' hari tu. Tanah digali kemudian dimasukkan simen dan diletakkan besi untuk membentuk tiang. Lepas tu lubang tu ditimbus semula untuk proses seterusnya.
Susunan bata itulah yang dipanggil ikat sembilan. Ia dilakukan kerana struktur tanah yang tidak rata. ini untuk mengukuhkan letakan beam diatasnya.
ini proses pembinaan beam bahagian yang terakhir. ni bahagian depan, bilik kami.
Beam ini dapat menggambarkan pelan lantai kami. Nanti petak-petak ni akan dimasukkan tanah pula seterusnya kerja-kerja pembinaan tiang dan membuat pelantaian akan dilakukan. Lepas tu barulah naik dinding dan seterusnya bumbung dan sebagainya.Letih sebenarnya buat rumah ni. kalau tak nak letih dan pening kepala cari barang dan sebagainya, lebih baik serah pada kontraktor atau beli rumah dari pemaju atau yang dah siap macam Azimah tu. Cumanya bila uruskan sendiri ni dapat ikut citarasa sendiri lebih sikitlah. Anyway, masing-masing ada penilaian dan perkiraan sendiri. Tepuk dada tanya selera.
I tgk & dgr pun rasa letih...tak dpt gambar lagi rumah u tu...tak sabar nak tgk bila dh siap.
ReplyDeleteJanji ada rumah sendiri, Alhamdulillah..
ReplyDelete