Thursday, February 26, 2009

Hmmmph

I menulis entry ni pakai komputer sekolah..hahaha, lepas kelas sebentar tadi lalu kat bilik akses ni nampak terbuka, pc pun ada 2 yang dah on, so i pun masuklah mengerjakannya. Tadi ada si comel Amira dok online, tapi sekarang dia dah masuk kelas, so i sensoranglah dok menggodek komputer ni.

Anyway, semalam i sedih... masa ambik my sons kat taska, nak masuk kereta tu suddenly my new sandal (baru jugala dlm tak sampai 2 bulan beli) patah buckle nya menyebabkan sandalku tak dapat nak digunakan lagi. Sakit hati betul, sebab harga pun boleh tahan, RM49.90 jenama Bata Comfit, sekali tanpa isyarat ia patah tiba-tiba padahal tak de sangkut mana-mana pun, dan pakai pun taklah lasak sangat, kat sekolah i pakai kasut lain. Balik rumah konon-konon naklah manja ngan husband ajak gi kedai bata kat kg buluh (masih juga nak beli bata- sebab tu je kedai kasut kat setiu ni), sekali dia jawab 'ngantuk, nak tido, gi malamlah'. malam kedai dah tutup, masa tu dak pukul 4.30 ptg. So tak jadilah nak beli sandal baru. Hari nilah nampaknya i kena pergi sendiri balik sekolah karang..........(see Azimah, i mana ada bising-bising ngan suami - i berdikari tau......).

Petang semalam juga Azri ada latihan taekwondo, baju tak dapat lagi, bila dah dapat i akan cuba publishkan di sini Azri dengan baju taekwondonya. Dan sebelum gi ambik Azri habis latihan tu, kami pergilah melawat tapak rumah kami, tengok besi yang dah dibeli hari tu masih selamat atau ........, alhamdulillah, selamat. Kami juga nak tengok perkembangan proses nak masuk air sementara ke tapak tu. Pagi tu suami ke pejabat SATU untuk buat permohonan, kebetulan kontraktor dia ada kat situ, tu yang cepat je dapat tu. So hari ni siaplah kerja-kerja pemasangan paipnya dan kenalah bayar dalam seribu lebih juga. Kat situ juga ada sepohon nangka yang banyak juga buahnya dan dalam tanah kami. Semalam ada sebiji lagi buah yang masak. So setakat ni dah 3 biji nangka dah selamat masuk ke dalam perut kami dan masih ada beberapa biji lagi yang belum masak. Ada juga sebatang pokok cempedak yang sedang berbuah dengan banyaknya, tapi kami nak tebang pokok tu sebab ia besar sangat dan akan ambik space untuk rumah kami. Pokok tu dah ke belakang tapi tinggi, bahaya. Hari tu masa tebang pokok-pokok lain sebelum ditimbun tanah lain, pokok tu tak ditebang sebab pak cik yang tebang tu takut pokok tu tumbang ke arah bangsal orang sebelah. So sekarang sedang mencari orang yang terror bab tebang-tebang pokok untuk mengerjakannya.

Nampaknya kerja-kerja ke arah pembinaan rumah kami sedang berjalan. Lepas ni nak kena pegi jumpa jiran kat tanah tu pulak, nak minta tumpang guna elektrik mereka pulak. Tanya Cik Mail, dia kata kalau masuk api sementara kos tinggi, better tumpang jiran je. So nak kena pegi bincanglah, Yang tu serah pada cik abanglah. Dan .... oh, lupa malam tadi cik abang minta no. tel. Ayah Mud (Tok Janggut) nak tanya pasal mixer simen. Oleh kerana projek ni kami tak serah pada kontraktor, kami upah tukang je, jadi semua alatan kami kena sediakan sendiri. Tukang tu kata dia ada mixer tapi dah bagi sewa pada orang lain. So nak tanya ayah mud la ni...
Ok la, nak sambung kerja lak. Sat ni ada sorang ustazah datang ajar i cara nak guna edu web tv, dia baru balik kursus tu, senang je dan menarik juga, cuma i tak sempat tengok banyaklah, sebab nak siapkan entry ni. Tak sangka pulak panjang jadinya. Okla, until then....................babai...





Eh, baru ingat, ada kedai kasut Rorine baru buka kat kedai mee sup Tarom, nak try gi lah.......

Monday, February 23, 2009

Sabar je lah

Pagi ni i masuk kelas 3A2, dan untuk kesekian kalinya kesabaran i teruji lagi dan hari ni sampai kemuncaknya. Rasanya tak pernah lagi i semarah ni sepanjang 10 tahun menjadi cikgu ni. 3 orang pelajar ni, Zulalif, Shahrul Hakimi dan Farid Amree- oh! i tak tahu nak cakap macamana. Sejak i mula masuk kelas tu awal tahun ni, setiap apa yang i cakap macam lawak je bagi mereka, terutama zulalif tu, they all akan ketawa berdekah-dekah. Dah tu menjawab pulak bila ditegur dengan jawapan yhang menyakitkan hati. I tak nak marah-marah sebab akan ganggu org lain nak belajar, masalahnya tak ditegur pun mengganggu jugak. Girls nya bagus, ikut arahan, the other boys pun oklah, boleh ikut arahan. Yang 3 ketul ni, suruh tulis nota menjawab, suruh buat latihan pun menjawab. Last week i suruh hantar buku nota untuk semakan. Masa kelas tu jugak diorang ni + beberapa yang lain i denda berdiri atas kerusi sebab tak buat latihan. Dan ketiga-tiganya tak hantar buku tu. Hari ni i check balik sapa yang tak hantar, 3 org budak ni tak siap notanya dan (paling banyak banding odgn org lain) paling i tak tahan mereka dok ketawa-ketawa dan jawab-jawab juga teguran i, i terus naik angin, salah sorang tu kena komot kertasnya dan ada yang kena lempar bukunya. yang pasti setiap orang kena cubit. I memang lost control tadi. (Tapi jangan bimbang, kalau i marah pelajar tu, pelajar lain i tak marah, masih boleh ngajar seperti biasa dan yang lain boleh lagi nak gurau dengan i) Lepas tu satu kelas senyap. I suruh tulis nota bab baru semua tulis, yang baru hantar buku pun tulis je kat kertas lain tanpa banyak soal, hari ini paling senyap dalam sejarah! I memanglah rasa bersalah, tapi kadang-kadang mereka ni perlu diberi peringatan, biar ada batas sikit antara guru dan kawan. I bukanlah kisah sangat kalau nak gurau-gurau ni, tapi berpada-padalah. Lagi pun i juga ada anak, lelaki semua pulak tu, i pun tak naklah nanti anak-anak i dimarah begitu oleh cikgu mereka, tapi kalau kena marah pun i akan faham bahawa mesti kau ada buat sesuatu sampai cikgu marah. Lepas ni i dah buat keputusan untuk pulaukan they all ni sampai satu tempoh masa tertentu. I akan terus ngajar macam biasa, bagi latihan macam biasa, tapi i tak akan tegur mereka, kalau diaorang bising i akan diam, tak hantar latihan i tak akan marah dan sebagainya sampailah i puas hati dengan perubahan mereka (kalau ada).

Kak G, Azimah, i tahu u all tak akan berhadapan dengan situasi macam ni, kalau ada, jangan marah-marah, nanti sakit kepala, leher sakit dan segala yang negatif akan timbul. (Alah, kalau ada pun i know Azimah tak reti marahnya, i je yang panas baran..hehehe)

Anyway, nanti i nak cerita pasal kelas 3B2 pulak, kelas ke 6 dari 6 kelas tingkatan 3 di sekolah ni. Tapi kat kelas ni i boleh cool, they all boleh pinjam semua barang i tanpa masalah walaupun semua lelaki dan nakal (biasalah kelas hujung).

Apa pun, i ok sekarang ni, kalau 3 orang tu tegur i kat tengah jalan pun i ok je, tak simpan dalam hati punya, biasalah cikgu..... macamana pun akan maafkan juga murid masing-masing, cuma bak kata azimah, 'i can forgive but cannot forget'.

Oklah, nak sambung tanda latihan my students sementara mood rajin menanda ni tengah membuak-buak ni. Babai.............................................................

Friday, February 20, 2009

Saja-saja tak de motif

Hari ni rasa malas nak ke mana-mana. sekarang ni hanya tinggal i, azri dan adib. Aiman beria-ia nak ikut ayah ke kebun. So pergilah dia mengekor ayah. Kejap lagi i nak gi basuh kasut sekolah Azri, jadi sekarang dok membuang masa mengadap benda ni dulu. Dalam bonet kereta tu ada beberapa bundle buku budak nak ditanda, ntah berjaya ntahkan tidak, tak tahulah. Macam tu lah selalunya, selalu semangat bawa balik macam-macam nak disiapkan kat rumah tapi bila dah sampai rumah, semangat tu akan perlahan-lahan gone with the wind ditambah dengan kerenah anak-anak yang pelbagai. Harap-harap apa yang dibawa balik tu akan berjaya juga disentuh sedikit sebanyak.

Thursday, February 19, 2009

Hari suka ria

Hari ini hari gembira. Semua sekolah di Setiu ni diminta mohon cuti peristiwa (kalau tak nak tak pe) sempena kejohanan olahraga mssd Setiu yang berlangsung dari hari ahad hari tu hingga semalam. So semua sekolah cuti hari ni kecuali lebest (lebest pelik sokmo, tak mboh ssaing ngan orang lain). So seharian kami 4 beranak di rumah mak, lepas post entry ni baru kami nak balik. Ayah ke kebun pagi tadi dan petang ni dia ke jerteh dan mungkin sampai ke kota bharu untuk urusan rumah kami. Insyaallah, projek rumah kami sendiri akan bermula dalam sebulan dua lagi. Semoga pencarian ayah hari ni akan berjaya dengan mendapat hara yang paling rendah dan bersesuaian dengan kualiti dan servicenya.



(hari ni terajin pulak, sampai dua entry berturutan, hehehe)

Kisah Azri dan Adib

Semalam Azri memulakan sesi latihan taekwondonya. Kami dah daftarkan dia untuk mengikuti kelas taekwondo di sekolahnya. Latihan pada setiap hari Rabu, pukul 5.00 - 6-30 petang. Mula-mula dulu dia memang excited nak masuk taekwondo, lepas dah dapat borang dia tak nak pulak sebab kawan dia cerita jirannya sakit kaki sebab taekwondo. Jadi mungkin Azri ni rasa takutla, so dia nak masuk silat pulak. Tapi kami rasa patut juga Azri belajar taekwondo ni untuk bagi dia belajar bertenang sikit, taklah mudah melenting sangat bila diusik orang, lagi pun kami tak pasti kelas silat ada ke tak kat sekolah tu. Masa nak hantar petang semalam pun dia masih ragu-ragu, tapi bila i cakap 'abang Idris yang kat Pahang tu pun masuk taewondo', dia terus seronok, dia jawab 'abang Idris, abang sedara Azri tu ke?'. Lucu pulak bila dia guna istilah abang sedara. So pergilah dia belajar dihantar oleh ibunya ini bersama dengan adik-adiknya, Aiman dan Adib. Lepas isi borang dan bayar yuran segala, i tinggalkan dia dengan sebotol air mineral dengan pesanan tunggu sampai ayah datang ambik (ayah tak hantar sebab ayah bertugas kat sukan olahraga daerah di SMK Saujana). Sambil-sambil nak balik tu sempatlah dengar briefing cikgu dia. Hebat juga budak-budak dia tu, ada sorang budak thn 6 tu dan ke merata tempat ikut pertandingan sampai ke oversea dan sekarang dia dah diserapkan sebagai pelatih SUKMA. Harap-harap Azri dapat ikut kelas ni dengan baik. So dia balik petang tu dengan seronoknya dan nak teruskan belajar taekwondo ni. Semoga berjaya Azri.
Adib pula sekarang ni dah belajar merangkak. Letak mainan dia kat depan sikit dia dah boleh pergi ambik dah. Nak biarkan dia lama sikit pun dah tak apa sebab dia dah boleh bergerak sendiri, dah kurang menangis minta didukung. Duduk kat dalam walker pun bukan main laju lagi dia bergerak. Mujurlah rumah kami kecik dan lantai sama aras je, so tak lah bahaya sangat. Mungkin tak lama lagi dia boleh duduk pulak sebab dah nampak macam dia nak duduk dah. Ye la, dia dah 7 bulan. Hari selasa hari tu i bawa dia ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan ambik darah untuk repeat ujian g6pd dia tu. Orang kat lab klinik tu kata lagi 1 week bolehlah datang tanya resultnya. Harap-harap ini kali terakhir buat test ni dan yang penting semoga ujian ini akan membebaskan dia daripada masalah ini. Semoga Adib akan terus sihat dan membesar dengan sempurna seperti yang sepatutnya dan menjadi anak yang baik, Insyaallah.

Friday, February 13, 2009

Hati sedih,
Jiwa kacau,
Kepala rungsing,
-
-
-
-
-
Tension!!!


(Jangan ditanya kenapa, aku tak sudi untuk bercerita)