Monday, February 23, 2009

Sabar je lah

Pagi ni i masuk kelas 3A2, dan untuk kesekian kalinya kesabaran i teruji lagi dan hari ni sampai kemuncaknya. Rasanya tak pernah lagi i semarah ni sepanjang 10 tahun menjadi cikgu ni. 3 orang pelajar ni, Zulalif, Shahrul Hakimi dan Farid Amree- oh! i tak tahu nak cakap macamana. Sejak i mula masuk kelas tu awal tahun ni, setiap apa yang i cakap macam lawak je bagi mereka, terutama zulalif tu, they all akan ketawa berdekah-dekah. Dah tu menjawab pulak bila ditegur dengan jawapan yhang menyakitkan hati. I tak nak marah-marah sebab akan ganggu org lain nak belajar, masalahnya tak ditegur pun mengganggu jugak. Girls nya bagus, ikut arahan, the other boys pun oklah, boleh ikut arahan. Yang 3 ketul ni, suruh tulis nota menjawab, suruh buat latihan pun menjawab. Last week i suruh hantar buku nota untuk semakan. Masa kelas tu jugak diorang ni + beberapa yang lain i denda berdiri atas kerusi sebab tak buat latihan. Dan ketiga-tiganya tak hantar buku tu. Hari ni i check balik sapa yang tak hantar, 3 org budak ni tak siap notanya dan (paling banyak banding odgn org lain) paling i tak tahan mereka dok ketawa-ketawa dan jawab-jawab juga teguran i, i terus naik angin, salah sorang tu kena komot kertasnya dan ada yang kena lempar bukunya. yang pasti setiap orang kena cubit. I memang lost control tadi. (Tapi jangan bimbang, kalau i marah pelajar tu, pelajar lain i tak marah, masih boleh ngajar seperti biasa dan yang lain boleh lagi nak gurau dengan i) Lepas tu satu kelas senyap. I suruh tulis nota bab baru semua tulis, yang baru hantar buku pun tulis je kat kertas lain tanpa banyak soal, hari ini paling senyap dalam sejarah! I memanglah rasa bersalah, tapi kadang-kadang mereka ni perlu diberi peringatan, biar ada batas sikit antara guru dan kawan. I bukanlah kisah sangat kalau nak gurau-gurau ni, tapi berpada-padalah. Lagi pun i juga ada anak, lelaki semua pulak tu, i pun tak naklah nanti anak-anak i dimarah begitu oleh cikgu mereka, tapi kalau kena marah pun i akan faham bahawa mesti kau ada buat sesuatu sampai cikgu marah. Lepas ni i dah buat keputusan untuk pulaukan they all ni sampai satu tempoh masa tertentu. I akan terus ngajar macam biasa, bagi latihan macam biasa, tapi i tak akan tegur mereka, kalau diaorang bising i akan diam, tak hantar latihan i tak akan marah dan sebagainya sampailah i puas hati dengan perubahan mereka (kalau ada).

Kak G, Azimah, i tahu u all tak akan berhadapan dengan situasi macam ni, kalau ada, jangan marah-marah, nanti sakit kepala, leher sakit dan segala yang negatif akan timbul. (Alah, kalau ada pun i know Azimah tak reti marahnya, i je yang panas baran..hehehe)

Anyway, nanti i nak cerita pasal kelas 3B2 pulak, kelas ke 6 dari 6 kelas tingkatan 3 di sekolah ni. Tapi kat kelas ni i boleh cool, they all boleh pinjam semua barang i tanpa masalah walaupun semua lelaki dan nakal (biasalah kelas hujung).

Apa pun, i ok sekarang ni, kalau 3 orang tu tegur i kat tengah jalan pun i ok je, tak simpan dalam hati punya, biasalah cikgu..... macamana pun akan maafkan juga murid masing-masing, cuma bak kata azimah, 'i can forgive but cannot forget'.

Oklah, nak sambung tanda latihan my students sementara mood rajin menanda ni tengah membuak-buak ni. Babai.............................................................

4 comments:

  1. Alah, dlm ramai-ramai tu, byk gak yg baik2 kan? Kerja kalau xde cabaran ni x best gak..

    ReplyDelete
  2. Budak2 zaman skrg memangla mcm tu, tu pun u ajar kat kg, kalau kat bandar lagi la hebatnya. Untungnya i ajar budak kecik, marah2pun mereka x simpan dalam hati. Lepas kita marah, mereka datang balik kat kita tunjuk hasil kerja dia...pastu kalau i puji2 sikit gembira bukan main! Ada jg la kalau kita denda atau pukul sikit boleh cakap,"Tak sakit pun!".Pastu i bagi la sampai sakit betul! Nama pun budak, masa sakit senyapla skjp, hilang sakit buat balik! Sabar je le....

    ReplyDelete
  3. Nak balik tadi i terserempak dengan budak 3 ketul tu kat tangga, ok je diorang bagi salam. itulah, i tak nak marah-marah lagi dengan diorang, nak biarkan je sebabnya rasa macam tak de makna je, so i nak boikot sampai mereka perasan yang i boikot mereka.. hahaha...cikgu yang keji kan i ni..

    ReplyDelete
  4. keep cool sis! biasanya, kalu cara kasar tak jalan, guna cara halus, perli2, boikot, etc... harap2 diorang sedar yg diorang dah buat salah pada cikgu yg sungguh2 nak ngajar nih.... sian my sis... sabar yek, kekgi naik darah, payah lak!

    ReplyDelete