Wednesday, April 28, 2010

Innalillah hiwaaiina ilaihirajiuun.............

Setelah sekian lama kemarau, akhirnya hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Setiu ini pada hari Ahad dan Isnin. Semalam lak langit mendung menyamankan suasana, manakala hari ni cuaca kembali cerah, namun sesekali gerimis turun buat seketika. Hujan lebat menyebabkan aras air sungai naik berbanding biasa.

Pagi semalam ada cikgu beritahu bahawa seorang kanak2 berumur 5 tahun (sebaya aiman tu) jatuh ke dalam sg. setiu pada petang hari isnin dan masih belum diketemui. Pagi ni pula barulah aku tahu yang budak tu telah dijumpai petang semalam tak jauh dari tempat dia tergelincir (tempat seliparnya ditemui).

Takziah untuk keluarga mangsa.

Friday, April 23, 2010

panasnya cuaca.............................................

panasnya cuaca hari ni. sambil-sambil memasak kat rumah mak tadi, entah berapa jag air sirap habis diminum oleh kami sekeluarga. sekeluarga di sini maksudnya mak, k.long sekeluarga, za sekeluarga, my family dan azimah sekeluarga.

yang seronoknya, bila makan tembikai, hampir sebiji tembikai selamat masuk perut kami yang dewasa ni dalam masa yang singkat sahaja. untuk lunch, kena potong tembikai lain lak.

walau pun panas, tapi sebab seronok, maka kerja yang dilakukan kuranglah memenatkan. k.long dan ida menolong za mengemas dapur rumah yang berantakan akibat kerja2 pemasangan jubin. za tak boleh buat sendiri, nanti cawan lain diregukan dengan piring lain lak. nanti gelas di rak dah tak ada tapi dia masih teraba2 mencari... dia perlukan pembantu.

ngah dan ikhwan pula sibuk mengecat siling bilik bakal pengantin. manakala aku jadi tukang masak dibantu pijah yang sibuk memasak lompat tikam. maka menu hari ni.....gulai ikan haruan, sayur pedas pucuk midin dan ayam dan ikan goreng.

lepas jumaat, abg ya bawa balik 2 biji durian. tak lama lepas tu my suami datang bawa durian lagi. maka bertambahlah kepanasan kami dengan adanya durian itu.

balik rumah adib dan aiman tido dengan lenanya akibat kekenyangan. terima kasih kepada haziah yang sangat berbakat jadi mak mak dengan menyuap sepupu-sepupunya iaitu adib, ammar dan aleeya makan, sampai bertambah nasi lagi.

esok kena jaga exam, pagi jaga muet, petang jaga medsi/munsyl lak. sekolah lain-lain lak tu. anak-anak dok rumah baik-baik, jaga ayah ye..

Friday, April 16, 2010

stressssssss

kenapa mesti terjadi dekat tapi jauh,
ada tapi tiada.....
.
.
.
.
.
.
hmmm, aku mesti berubah..

stressssssss

kenapa mesti terjadi dekat tapi jauh, ada tapi tiada.....






hmmm, aku mesti berubah..