Sunday, May 09, 2010

Kami baru balik daripada cuti-cuti hujung minggu. Trip ke Putrajaya, Nilai 3 dan Sogo KL. Perjalanan bermula pada pukul 9.30 malam hari Khamis malam Jumaat dan berakhir pada pukul 5.45 pagi Sabtu. GAmbar-gambar pada masa kejadian adalah beberapa keping, nantilah akan dimasukkan ke sini bila berkesempatan.

Apa yang ingin diceritakan di sini ialah tentang corak kehidupan orang-orang di Putrajaya. Rasanya betapa bahagianya kami di kampung ini berbanding mereka di sana. Waktu kerja bermula pukul 8.00 pagi, tapi pukul 6.30 pagi dah ramai yang sampai di pejabat. Bukan mengejar punch card, tapi mengejar tepat parking. Adik iparku, Ma yang duduknya di Putrajaya tu pun katanya pukul 6.40 dah masuk. Kami di sini masa tu baru dok gaduh kejutkan anak2 suruh mandi pagi. Bayangkanlah mereka yang dok Kl tu, pukul berapalah agaknya mereka keluar rumah untuk sampai di Putrajaya seawal itu. MAcamanalah urusan anak-anak di rumah.

Betapa bersyukurnya aku menjadi guru dan tinggal pula di kampung seperti ini. Setiuku, aku sayang padamu.