Saturday, March 21, 2009

Derma darah

Petang tadi, lepas balik dari rumah mak, kami sekeluarga jalan-jalan pusing-pusing keliling Pak Kancil ni (dengan kereta Kancil..hehe), gi melawat tapak rumah kami sambil meninjau sama ada besi kami masih selamat atau ada luaknya, alhamdulillah..selamat. Kami singgah juga di rumah boss Azimah yg sedang dalam pembinaan, besar rumahnya, 7 bilik, semua bilik tu ada tandas di dlmnya kecuali 1 bilik perpustakaan x de tandas dlmnya. Balik tu i uruskan mandi Azri dan Aiman, my husband kat ruang tamu suapkan Adib makan. Dah siap semua tu masa ayah nak ke dapur dia ternampak seekor pacat yg dah buncit sedang merayap di atas lantai, i terus rasa gatal-gatal di seluruh badan macam bekas kena gigit dek pacat tu..psiko sungguh. Ayah ambik pacat tu dgn tisu dan siram air garam padanya. Tamatlah riwayat pacat itu. Orang yg disyaki menjadi penderma darah kepada pacat tu sama ada i, azri atau aiman je sebab ayah tak masuk ke dalam lagi sejak balik tu kecuali kami bertiga. Azri dan aiman tak ada tanda berdarah pun masa i mandikan tadi. so tinggal i sorang je lagi, belek-belek kaki x nampak tanda pun. Sekali masa nak mandikan Adib tu baru i rasa melekit kat celah paha..oh, akulah penderma itu. Teruslah bdk2 berdua tu asyik nak menyelak kain i nak tengok darah..apalah.....

Tuesday, March 17, 2009

Untuk Guru Disiplin sekolah

Sekolah diarah rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.

"Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.

Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.

Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan.

Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu.

"Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.

Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama


Berita ni i copy paste drpd berita harian online. Cerita lama yang diperbaharui semula. I memang setuju dengan arahan ni sejak dulu lagi sebab macam-macam kes boleh dikaitkan dengan hp ni. Last year sorang bdk lelaki tingkatan 3 ditangkap membawa hp ke sekolah dan di dalam hp tu ada lebih drpd 140 klip video berunsur 18sx. Awal thn ni pulak warden asrama merampas satu hp yng antara isi sms nya ialah this girl mintak bf dia belikan coli untuknya tapi bdk lelaki ni malu dan suruh that girl bayangkan perasaan kalau bf dia tu suruh beli kondom. macam-macam perangai bdk2 sekolah zaman sekarang. apa-apa pun yg paling penting ialah pelajar tak blh bawa hp ke sekolah sebab hp pelajar lebih canggih drpd cikgu punya....huhuhu....


Tuesday, March 10, 2009

riang ria cuti sehari

Sempena cuti Maulidurrasul semalam, kami sekeluarga beriang ria saja di rumah. rumah mak pun tak pegi. Pagi tu (pukul 10 lebih dah pun) ayah kata nak gi gotong-royong di pondok Binjai Manis, sebelum dia turun, i dah naikkan kacang hijau nak buat bubur ke atas dapur, tapi tak sempat kembang lagi kacang tu dia dah balik, tak ada orang katanya. So semalam i jadi housewife la, masak-masak then makan-makan. Selesai semua sambil lepak-lepak tu ayah tanya nak gi jalan tak? Oh, dia ajak kami main air di SSawo.. actually nama tempat tu Chakah, di Ulu Seladang nu tapi lebih glamour dengan nama ssawo di kalangan penduduk setempat. Kami bertolak pun dah dekat pukul 4. Wah! ramai juga orang dok beriang ria di situ. Apa pun alang-alang dah sampai kita teruskan hajat tu.

So, layan gambar la ye.....................(i jadi photographer je, err, abaikan date pada gambo-gambo tu ye, tak reti nak buang date pada kamera tu)




Pemandangan di Ssawo. Gambar ni diambil masa i cuti bersalin last year, ayah ambik masa dia gi beriang ria dengan his students. Masa ni weekday, pagi pulak tu, so tak ada orang lain la..









Azri dan Aiman masa baru sampai dan tengah excited nak main air












Aiman main simbah-simbah air je mula-mula tu..


Ayah jadi penjaga sambil ambik mood sebelum mula berendam...











Konon-konon tengah swimming la si Azri tu










Ni pun gambar yang ayah ambik masa i cuti last year..








Azri marah i, dia kata i tak ambik ambar dia swimming, deyyy, ni kan ala-ala swimming la kan











Ayah layan Aiman kononnya belajar berenang







Wajah-wajah kesayangan hamba....









Sampai rumah pukul 5.30 lebih kurang, Aiman kepenatan sampai tertido di kerusi. Rupanya di dah berak masa ni, I ingat Adib je yang membuang, so, kejutkan dia bawa cebok kat bilik air sambil dia menangis,. menangis sungguh-sungguh dia lepas tu nak 'tido berak', ish ish ish, sabo je la. Nasib baik dia tak suruh pakaikan balik diapers yang dah tercemar tu, i dah cuak dah, mujur juga makan pujuk. I pujuk suruh tido then nanti masa tido derak la lagi...hehehe... terus dia tido sampai pagi...macam-macam............






Adib seperti biasa, kalau sihat memang baik je...






that's all, i wish i can update more next time, babai...............