Tuesday, March 17, 2009

Untuk Guru Disiplin sekolah

Sekolah diarah rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.

"Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.

Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.

Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan.

Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu.

"Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.

Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama


Berita ni i copy paste drpd berita harian online. Cerita lama yang diperbaharui semula. I memang setuju dengan arahan ni sejak dulu lagi sebab macam-macam kes boleh dikaitkan dengan hp ni. Last year sorang bdk lelaki tingkatan 3 ditangkap membawa hp ke sekolah dan di dalam hp tu ada lebih drpd 140 klip video berunsur 18sx. Awal thn ni pulak warden asrama merampas satu hp yng antara isi sms nya ialah this girl mintak bf dia belikan coli untuknya tapi bdk lelaki ni malu dan suruh that girl bayangkan perasaan kalau bf dia tu suruh beli kondom. macam-macam perangai bdk2 sekolah zaman sekarang. apa-apa pun yg paling penting ialah pelajar tak blh bawa hp ke sekolah sebab hp pelajar lebih canggih drpd cikgu punya....huhuhu....


2 comments:

  1. I think, bukan bawak ke x bwk hp tu masalahnye, tapi budak2 to sendiri sebenarnye yg byk x betul..

    ReplyDelete
  2. I pun sgt2 setuju dengan peraturan tu. Kadang2 parents yg lebih2, bila ditanya budak2 yang bawa hp, ada cakap " mak suruh bawak!". U know budak2 prasekolah kelas I blh gelak2 tgk hp I, "ha ha, hp cikgu macam abang saya punya." Abg dia tu djh 2!

    ReplyDelete