Sempena cuti Maulidurrasul semalam, kami sekeluarga beriang ria saja di rumah. rumah mak pun tak pegi. Pagi tu (pukul 10 lebih dah pun) ayah kata nak gi gotong-royong di pondok Binjai Manis, sebelum dia turun, i dah naikkan kacang hijau nak buat bubur ke atas dapur, tapi tak sempat kembang lagi kacang tu dia dah balik, tak ada orang katanya. So semalam i jadi housewife la, masak-masak then makan-makan. Selesai semua sambil lepak-lepak tu ayah tanya nak gi jalan tak? Oh, dia ajak kami main air di SSawo.. actually nama tempat tu Chakah, di Ulu Seladang nu tapi lebih glamour dengan nama ssawo di kalangan penduduk setempat. Kami bertolak pun dah dekat pukul 4. Wah! ramai juga orang dok beriang ria di situ. Apa pun alang-alang dah sampai kita teruskan hajat tu.
So, layan gambar la ye.....................(i jadi photographer je, err, abaikan date pada gambo-gambo tu ye, tak reti nak buang date pada kamera tu)
Pemandangan di Ssawo. Gambar ni diambil masa i cuti bersalin last year, ayah ambik masa dia gi beriang ria dengan his students. Masa ni weekday, pagi pulak tu, so tak ada orang lain la..
Azri dan Aiman masa baru sampai dan tengah excited nak main air
Aiman main simbah-simbah air je mula-mula tu..
Ayah jadi penjaga sambil ambik mood sebelum mula berendam...
Konon-konon tengah swimming la si Azri tu
Ni pun gambar yang ayah ambik masa i cuti last year..
Azri marah i, dia kata i tak ambik ambar dia swimming, deyyy, ni kan ala-ala swimming la kan
Ayah layan Aiman kononnya belajar berenang
Wajah-wajah kesayangan hamba....
Sampai rumah pukul 5.30 lebih kurang, Aiman kepenatan sampai tertido di kerusi. Rupanya di dah berak masa ni, I ingat Adib je yang membuang, so, kejutkan dia bawa cebok kat bilik air sambil dia menangis,. menangis sungguh-sungguh dia lepas tu nak 'tido berak', ish ish ish, sabo je la. Nasib baik dia tak suruh pakaikan balik diapers yang dah tercemar tu, i dah cuak dah, mujur juga makan pujuk. I pujuk suruh tido then nanti masa tido derak la lagi...hehehe... terus dia tido sampai pagi...macam-macam............
Adib seperti biasa, kalau sihat memang baik je...
that's all, i wish i can update more next time, babai...............
Bukan susah mana pun
-
1. Kereta park menyerong di petak parking sampai amik dua petak. Pastu park
lama lama. Kalau sekejab takpe la juga. Kan menyusahkan orang yang berlegar
leg...
6 years ago
Wah wah, seronoknye bersuka ria, cuti2 sekolah ni lagilah lepaknye ye..
ReplyDelete