Sunday, May 09, 2010

Kami baru balik daripada cuti-cuti hujung minggu. Trip ke Putrajaya, Nilai 3 dan Sogo KL. Perjalanan bermula pada pukul 9.30 malam hari Khamis malam Jumaat dan berakhir pada pukul 5.45 pagi Sabtu. GAmbar-gambar pada masa kejadian adalah beberapa keping, nantilah akan dimasukkan ke sini bila berkesempatan.

Apa yang ingin diceritakan di sini ialah tentang corak kehidupan orang-orang di Putrajaya. Rasanya betapa bahagianya kami di kampung ini berbanding mereka di sana. Waktu kerja bermula pukul 8.00 pagi, tapi pukul 6.30 pagi dah ramai yang sampai di pejabat. Bukan mengejar punch card, tapi mengejar tepat parking. Adik iparku, Ma yang duduknya di Putrajaya tu pun katanya pukul 6.40 dah masuk. Kami di sini masa tu baru dok gaduh kejutkan anak2 suruh mandi pagi. Bayangkanlah mereka yang dok Kl tu, pukul berapalah agaknya mereka keluar rumah untuk sampai di Putrajaya seawal itu. MAcamanalah urusan anak-anak di rumah.

Betapa bersyukurnya aku menjadi guru dan tinggal pula di kampung seperti ini. Setiuku, aku sayang padamu.

Wednesday, April 28, 2010

Innalillah hiwaaiina ilaihirajiuun.............

Setelah sekian lama kemarau, akhirnya hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Setiu ini pada hari Ahad dan Isnin. Semalam lak langit mendung menyamankan suasana, manakala hari ni cuaca kembali cerah, namun sesekali gerimis turun buat seketika. Hujan lebat menyebabkan aras air sungai naik berbanding biasa.

Pagi semalam ada cikgu beritahu bahawa seorang kanak2 berumur 5 tahun (sebaya aiman tu) jatuh ke dalam sg. setiu pada petang hari isnin dan masih belum diketemui. Pagi ni pula barulah aku tahu yang budak tu telah dijumpai petang semalam tak jauh dari tempat dia tergelincir (tempat seliparnya ditemui).

Takziah untuk keluarga mangsa.

Friday, April 23, 2010

panasnya cuaca.............................................

panasnya cuaca hari ni. sambil-sambil memasak kat rumah mak tadi, entah berapa jag air sirap habis diminum oleh kami sekeluarga. sekeluarga di sini maksudnya mak, k.long sekeluarga, za sekeluarga, my family dan azimah sekeluarga.

yang seronoknya, bila makan tembikai, hampir sebiji tembikai selamat masuk perut kami yang dewasa ni dalam masa yang singkat sahaja. untuk lunch, kena potong tembikai lain lak.

walau pun panas, tapi sebab seronok, maka kerja yang dilakukan kuranglah memenatkan. k.long dan ida menolong za mengemas dapur rumah yang berantakan akibat kerja2 pemasangan jubin. za tak boleh buat sendiri, nanti cawan lain diregukan dengan piring lain lak. nanti gelas di rak dah tak ada tapi dia masih teraba2 mencari... dia perlukan pembantu.

ngah dan ikhwan pula sibuk mengecat siling bilik bakal pengantin. manakala aku jadi tukang masak dibantu pijah yang sibuk memasak lompat tikam. maka menu hari ni.....gulai ikan haruan, sayur pedas pucuk midin dan ayam dan ikan goreng.

lepas jumaat, abg ya bawa balik 2 biji durian. tak lama lepas tu my suami datang bawa durian lagi. maka bertambahlah kepanasan kami dengan adanya durian itu.

balik rumah adib dan aiman tido dengan lenanya akibat kekenyangan. terima kasih kepada haziah yang sangat berbakat jadi mak mak dengan menyuap sepupu-sepupunya iaitu adib, ammar dan aleeya makan, sampai bertambah nasi lagi.

esok kena jaga exam, pagi jaga muet, petang jaga medsi/munsyl lak. sekolah lain-lain lak tu. anak-anak dok rumah baik-baik, jaga ayah ye..

Friday, April 16, 2010

stressssssss

kenapa mesti terjadi dekat tapi jauh,
ada tapi tiada.....
.
.
.
.
.
.
hmmm, aku mesti berubah..

stressssssss

kenapa mesti terjadi dekat tapi jauh, ada tapi tiada.....






hmmm, aku mesti berubah..

Saturday, March 13, 2010

makan-makan@smkc

Gambar2 ni dah lama sebenarnya, dan dari pelbagai event, baru hari sampai seru untuk dimasukkan di sini. So, selamat menjamu mata..


Jamuan raya 2009 - hidangan pelajar (disediakan oleh pihak sekolah, murid bawa kuih raya)



Cara hidangan utk guru dipersembahkan - ringkas saja, dan silalah layan diri sendiri



Lagi hidangan utk guru semasa jamuan raya 2009 - guru2 gotong-royong masak bersama pekerja swasta


Ni bukan kat smkc, ni di gem beach resort sempena jamuan akhir tahun anjuran kelab guru 2009



Makan-makan di bilik guru, saja-saja sumbangan oleh ustz norhati, kb kemanusiaan, pakar wat rojok betik



Betik dan timun diparut sendiri oleh para pemakan secara bergotong-royong. k.ti, bila nak wat lagi ni?


Jamuan kesyukuran sempena lantikan guru-guru tingkatan 6



Bubur lambuk program selepas PMR 2009, disediakan oleh makcik2 pekerja swasta bersama anak-anak gadis ting.3 (kutip ubi banyak2, sedap wooo)



Jamuan sempena pendaftaran pelajar 2010 dan mesyuarat guru kali pertama 2010 sebelum buka sekolah pada akhir tahun 2009 yg lalu.



Sebenarnya banyak lg acara makan2 telah berlangsung tahun lepas, tapi malas nak ambik gambar. Tahun ni acara makan-makan agak kurang rancak sikit berbanding thn2 yg lalu. Setakat ni baru sekali diadakan acara makan2 ni di bilik guru. Oh, aku rindu pot luck @ smk bukit katil..huhu..

Friday, February 05, 2010

Terkini

Lot kedua yang terpakasa ditambak untuk mengelakkan hakisan tanah, lot ini ditambak setinggi 2.5 kaki sebagai laman.


Pandangan depan dan sisi kanan.





Septik tank yang belum ditanam lagi

Kabinet dan Wardrobe

Wardrobe yang akan diltakkan dalam bilik utama, tinggi 8 kaki, panjang 12 kaki.



Kabinet dapur Jangkaan harga RM 7000.00

PERKEMBANGAN RUMAH KAMI

Pandangan sisi kiri
dalam proses pasang mekup atap dan melas bahagian dalam rumah