Thursday, July 02, 2009

Kerenah Aiman

Tolong! Tolong! Keluarkan saya, saya tak buat lagi. Tolong! Saya "terangkap"..
(Lakonan Aiman di sebalik penyandar kerusi, kuat sungguh pengaruh tv!)

Tolong! Tolong! (Dia main di atas selusur tangga rumah mak tapi tak reti nak turun sendiri..hehe)


Hmmm, Aiman...nakl sungguh, tapi melucukan..

Cerita rumah kami 2

Alhamdulillah, walaupun agak perlahan, perkembangannya tetap ada dalam proses pembinaan rumah kami ini. Tukang pun nampak ok je, tak de buat hal. Yang agak melegakan bila tukang ada kata "buat rumah sekali je", harap-harap dia buat molek la. Setakat ni kerja-kerja menaikkan dinding sedang rancak dijalankan.

Ni masa kerja-kerja memasukkan tanah ke dalam beam dijalankan.

Gambar ni diambil pada minggu lepas. Minggu ni dinding bilik dah penuh sampai atas dah, frame tingkap dan pintu pun semua dah dipasang, begitu juga frame untuk ekzos fan, dah dipasang semuanya.

Hari Selasa baru ni, ayah bersama-sama tukang dan kawan2 tukang yang arif pasal kayu gi tengok kayu untuk bahagian bumbung nanti. Gi round satu Kelantan, sudahnya rasa macam akan ambik kayu di Setiu ni atau Besut je. Kalau nak pakai besi lama sangat nak kena tunggu. So pakai kayu je lah.

Kerja- kerja awal untuk wiring letrik pula akan bermula bila beam atas mula dibina.