Friday, May 29, 2009

Bersuka-suka di hari Jumaat dan...............................tadaaa.....

Hari ni taska tempat kami tinggalkan Azri, Aiman dan Adib telah mengadakan acara sukaneka. ini adalah kali kedua acara ni diadakan. Tahun lepas dah buat sekali. So, layan gambarla ye..


Masa baru sampai. Acara belum bermula, anak2 buat acara sendiri. Lari keliling dewan sampai kepenatan.


Acara pertama, kategori 3 tahun. Bukan main senyum Aiman di garisan permulaan. Tapi bila MC kata mula je, dia pusing lari ke belakang dan bersembunyi belakang I. Apalah Aiman ni. Lepas tu acara susun tin plak. I pujuk Aiman, teman dia lari sekali, tapi sampai depan tin dia tak nak susun. Malu-malu kucing kononnya. Tapi dapat juga hadiah utk kedua2 acara tu. sebabnya hadiah ada 4 dan peserta pun 4 juga.hehe..


Adib, acara merangkak mencari ibu. Mula-mula tak merangkak. sibuk dok sengih2 sambil tengok orang keliling. Baby pertama nak sampai kat ibunya baru dia start merangkak. Dapat juga 2nd place sebab 2 lagi baby lain pun confuse juga nak merangkak.


Acara ibu memakaikan baju pada baby, pass kat ayah then ayah bawa lari ke garisan penamat. Pun 2nd place.


Azri masuk acara lari bawa bola dalam sudu secara berkumpulan. Dapat no. 1


Acara tiup belon sampai pecah. Tapi belon dah besar pun tak pecah gak. Ditumbuk2nya belon tu tak pecah juga. Kelakar je..


Makan biskut 3 keping. Lambat juga habis sebab makan dengan sopannya. Dah telan semua baru gigit yang lain. Hehe


Mak masuk acara isi air dalam botol. dapat juga hadiah walaupun dapat no. 5. (ada 5 hadiah utk acara ni)


Azri tengah tension sebab dia nak ambik gambar sendiri mak tak bagi.



Akhirnya dapat juga Azri jadi photographer.


Inilah hadiah-hadiah yang telah disediakan.


Acara rebut gula2. Aiman dapat 4, 5 biji terus lari. Orang lain dok rebut2 lagi. Betullah Aiman tak kisah. Ikut suka dia je..


Dan inilah hasil berpenat lelah hari ni. Ini termasuklah hadiah tempat ke 3 ayah masuk acara 'junjung gelas', azri dpt no 1 isi air dalam botol dan mak ayah no 4 acara lari ikat kaki berpasangan.


Inilah juga hasilnya. tido yg lebih nyenyak untuk Adib.

Dan....
tadaaaa............................................................................................................................................... memperkenalkan........................................harta terbaru kami...


DBL 3942, the new saga begins.. hari selasa hari tu dapat


kalau nampak tak bersih tu abaikanlah sebab kami baru balik dr jelapang, hujan, jalan berselut, lecak..(wah, banyak alasan tu..)

So, itulah kisah kami menyambut cuti sekolah. Tapi esok kami ada LADAP. Semua sekolah di Setiu diarahkan buat ladap esok (tapi le best dah buat hari Rabu kelmarin). Tak lehlah nak gi beronggeng di kg buluh esok. Harap-harap tak bosanlah program esok dan dapat selesai awal daripada yg telah dirancangkan..hehe..

Tuesday, May 26, 2009

Cerita rumah kami

Buat masa ni, rumah kami baru selesai proses membina beam. Tukang paip pula dah mulakan kerja gali- menggali dan apa2 je kerja awal berkaitan pemasangan paip sebelum kotak-kotak beam itu dipenuhkan semula dengan tanah. Secara kesimpulannya, perkembangan proses pembinaan rumah kami ini agak slow berbanding yang lain. seperti yg pernah i sebut sebelum ni, harapnya bila dah selesai bahagian beam ini, kerja-kerja bahgaian lain akan berjalan dengan lebih lancar lagi. Insyaallah.

Ni masa proses buat tiang 'stan' hari tu. Tanah digali kemudian dimasukkan simen dan diletakkan besi untuk membentuk tiang. Lepas tu lubang tu ditimbus semula untuk proses seterusnya.

Susunan bata itulah yang dipanggil ikat sembilan. Ia dilakukan kerana struktur tanah yang tidak rata. ini untuk mengukuhkan letakan beam diatasnya.

ini proses pembinaan beam bahagian yang terakhir. ni bahagian depan, bilik kami.

Beam ini dapat menggambarkan pelan lantai kami. Nanti petak-petak ni akan dimasukkan tanah pula seterusnya kerja-kerja pembinaan tiang dan membuat pelantaian akan dilakukan. Lepas tu barulah naik dinding dan seterusnya bumbung dan sebagainya.

Letih sebenarnya buat rumah ni. kalau tak nak letih dan pening kepala cari barang dan sebagainya, lebih baik serah pada kontraktor atau beli rumah dari pemaju atau yang dah siap macam Azimah tu. Cumanya bila uruskan sendiri ni dapat ikut citarasa sendiri lebih sikitlah. Anyway, masing-masing ada penilaian dan perkiraan sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU,






Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggupmenyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggupmencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggupmengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggupmembersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggupmembuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggupberhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yangsembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
“SELAMAT HARI IBU”
SELAMAT HARI IBU KEPADA IBUKU, AZIZAH JUSOF, IBU MERTUAKU PN ZURAIDAH, ISTERIKU NAZRAH DAN IBU - IBU YANG LAIN

Tuesday, May 05, 2009

Apa pendapat you all?

Pada masa ini i rasa rumah kami ada 99% lagi untuk siap. Buat tiang stump (ye ke ejaan ni?) pun tak siap-siap lagi, beam pun tak naik-naik lagi, ikat sembilan untuk bahagian senget tu pun tak lagi. Hmmmm....geram juga bila lihat perkembangan yang slow ni. Nak upload gambar pun tak semangat lagi. Tunggu nampak banyak sikit baru i publishkan kat sini. Tukang kerja 5 hari je seminggu, macam org kerja office je. Sabar je la, harap-harap bila dah siap beam dan naik dinding ni laju la sikit kerjanya. Tukang target dalam 10 bulan siapla, harapnya tercapailah, insyaallah.

Kami bercadang untuk tukar kereta. Ikut kemampuan kami buat masa ni, sama ada ambik saga baru atau pun myvi. Myvi lebih selesa drpd saga tapi bonet kecik. saga ada bonet tapi sempit pulak. untuk ambik yg lebih besar rasa tak mampu lak. Kami sebenarnya juga berminat nak beli tanah lot sebelah tapak rumah kami tu tapi tuan dia pulak tak tetap pendirian, kejap nak jual, kejap tak nak jual. ngok ngek sungguh. Kalau kami jadi beli tanah tu memang kami hanya mampu beli saga je lah. Cik Mail kata janganla tolak wira kami sebab dah habis bayar, masalahnya kami tak de duit nak buat muka, hasil jual wira tu lah nak dijadikan muka ambik yang baru. Susah jadi orang tak seberapa ni tapi bernafsu besar, semua nak...hehe. cik Mail suruh jual kancil. Kancil tu tak leh jual, nak pakai ke kebun, masuk ghok. Rancangan kami, sekarang ni tahan je lah pakai yang kecik pun tapi baru, 2, 3 tahun akan datang lepas dah stabil balik, loan rumah pun dah potong, kami boleh reshuffle balik kewangan kami, barulah kami cari yang besar pulak. Lagi pun anak kami 3 tu je, dan sekarang masih kecil lagi. Apa pendapat you all?

K. Jie, T'dean, i memang berhajat nak panjangkan entry ni, tapi i ke'blank'ngan. Nak masuk gambar-gambar yang ada kat dalam kamera pun kabelnya tak bawa. Nak update entry kat rumah pulak ada je halangan oleh si Adib yang sangat sayangkan ibunya ini sejak akhir-akhir ni. Dah tu pukul 12 lebih baru nak tido. Malam-malam i dok je bergulingan, bergolekan di depan tv

Monday, May 04, 2009

Semalam my school cuti peristiwa sempena Hari Kualiti pada hari Khamis yang lalu. So semalam i habiskan masa di kg buluh. bawa mak buat buku TH yg baru sebab buku lamanya hilang. salah letak rasanya. report buku hilang piun nak kena beli setem hasil, kena matikan setem la. leceh betul prosudernya. apa2 pun selesailah semua urusan tu semalam.

Hari ni pulak i sibuk dok uruskan tempat untuk exam muet speaking pulak. i cadang gunakan bilik tayang dan library seperti tahun2 yang lepas, tapi ketua pemeriksa tu tak berapa setuju pulak sebab bising. memang pun bilik tu di bangunan tengah antara blok kelas. so i cadangkan makmal komputer. bawa dia tengok makmal tu, then dia setuju. Lepas ketua tu balik i jumpa cikgu penyelaras makmal komputer untuk makluman. masa tu cikgu tu kat dewan, tengok pustaka murni ada buat pameran & jualan buku dengan kerjasama panitia BM. so beres pasal tempat exam muet. dan alang-alang i dah turun ke dewan tu, i pun tengok2lah buku2 yang ada. jalanlah RM50.00 beli buku-buku untuk azri dan aiman.

so, tu je lah update hari ni setelah lama tak update. nak masuk kelas geografi 2b1 pulak. babai..