Tuesday, May 05, 2009

Apa pendapat you all?

Pada masa ini i rasa rumah kami ada 99% lagi untuk siap. Buat tiang stump (ye ke ejaan ni?) pun tak siap-siap lagi, beam pun tak naik-naik lagi, ikat sembilan untuk bahagian senget tu pun tak lagi. Hmmmm....geram juga bila lihat perkembangan yang slow ni. Nak upload gambar pun tak semangat lagi. Tunggu nampak banyak sikit baru i publishkan kat sini. Tukang kerja 5 hari je seminggu, macam org kerja office je. Sabar je la, harap-harap bila dah siap beam dan naik dinding ni laju la sikit kerjanya. Tukang target dalam 10 bulan siapla, harapnya tercapailah, insyaallah.

Kami bercadang untuk tukar kereta. Ikut kemampuan kami buat masa ni, sama ada ambik saga baru atau pun myvi. Myvi lebih selesa drpd saga tapi bonet kecik. saga ada bonet tapi sempit pulak. untuk ambik yg lebih besar rasa tak mampu lak. Kami sebenarnya juga berminat nak beli tanah lot sebelah tapak rumah kami tu tapi tuan dia pulak tak tetap pendirian, kejap nak jual, kejap tak nak jual. ngok ngek sungguh. Kalau kami jadi beli tanah tu memang kami hanya mampu beli saga je lah. Cik Mail kata janganla tolak wira kami sebab dah habis bayar, masalahnya kami tak de duit nak buat muka, hasil jual wira tu lah nak dijadikan muka ambik yang baru. Susah jadi orang tak seberapa ni tapi bernafsu besar, semua nak...hehe. cik Mail suruh jual kancil. Kancil tu tak leh jual, nak pakai ke kebun, masuk ghok. Rancangan kami, sekarang ni tahan je lah pakai yang kecik pun tapi baru, 2, 3 tahun akan datang lepas dah stabil balik, loan rumah pun dah potong, kami boleh reshuffle balik kewangan kami, barulah kami cari yang besar pulak. Lagi pun anak kami 3 tu je, dan sekarang masih kecil lagi. Apa pendapat you all?

K. Jie, T'dean, i memang berhajat nak panjangkan entry ni, tapi i ke'blank'ngan. Nak masuk gambar-gambar yang ada kat dalam kamera pun kabelnya tak bawa. Nak update entry kat rumah pulak ada je halangan oleh si Adib yang sangat sayangkan ibunya ini sejak akhir-akhir ni. Dah tu pukul 12 lebih baru nak tido. Malam-malam i dok je bergulingan, bergolekan di depan tv

3 comments:

  1. hehe, entry ni i dah taip yesterday tapi tak sempat publish line buat hal. malam tadi i nak post la, balckout lak. so petang ni baru dapat. dah nak basi ceritanya..hehe

    ReplyDelete
  2. Banyak betul halangan dan cabarannya ye. Bab tukar kereta tu nak kena pikir
    1. anak 3 kalau duduk elok2 tempat keta sempit pun xpe. kalau berkekah je kenala luas sikit.
    2. sementara anak kecik2 lagi ni bonet harus nak kena besar, takkan nak letak barang bawah kaki budak2 tu je, boleh harap ke?
    3. org kata myvi ngan saga tak jauh beza pun luasnya, cuma myvi lagi tinggi so nampak luas sikit.
    4. pastu nak kena tengok yg mana lebih jimat & mudah buat maintenance
    5. yg mana lebih jimat minyak?
    6. Wira tu ada masalah ke? kalau x baik tunggu dulu sebab u tgh buat rumah, takut bajet ada lari sikit2 kang nanti xla lemas sgt sebab kalau kita buat plan elok pun takut dalam 10 bln tu nak tambah sana sini plak, at least dah ada duit spare 4-5oo yg bgian nak byr instalment keta tu.
    7. walaubagaimanapun, selepas dikaji & diteliti, yg penting sekali diri sendiri mestila puas ati, sebab org cakap & bagi pendapat ni mcm2, yg rasa dan nikmati atau tanggung akibat kita sendiri je.

    ReplyDelete
  3. belije kereta buru.tak perlu mantain 3/4 tahun.kalu kereta lama faham2 jela... beli jangan tak beli.

    ReplyDelete