Friday, May 29, 2009

Bersuka-suka di hari Jumaat dan...............................tadaaa.....

Hari ni taska tempat kami tinggalkan Azri, Aiman dan Adib telah mengadakan acara sukaneka. ini adalah kali kedua acara ni diadakan. Tahun lepas dah buat sekali. So, layan gambarla ye..


Masa baru sampai. Acara belum bermula, anak2 buat acara sendiri. Lari keliling dewan sampai kepenatan.


Acara pertama, kategori 3 tahun. Bukan main senyum Aiman di garisan permulaan. Tapi bila MC kata mula je, dia pusing lari ke belakang dan bersembunyi belakang I. Apalah Aiman ni. Lepas tu acara susun tin plak. I pujuk Aiman, teman dia lari sekali, tapi sampai depan tin dia tak nak susun. Malu-malu kucing kononnya. Tapi dapat juga hadiah utk kedua2 acara tu. sebabnya hadiah ada 4 dan peserta pun 4 juga.hehe..


Adib, acara merangkak mencari ibu. Mula-mula tak merangkak. sibuk dok sengih2 sambil tengok orang keliling. Baby pertama nak sampai kat ibunya baru dia start merangkak. Dapat juga 2nd place sebab 2 lagi baby lain pun confuse juga nak merangkak.


Acara ibu memakaikan baju pada baby, pass kat ayah then ayah bawa lari ke garisan penamat. Pun 2nd place.


Azri masuk acara lari bawa bola dalam sudu secara berkumpulan. Dapat no. 1


Acara tiup belon sampai pecah. Tapi belon dah besar pun tak pecah gak. Ditumbuk2nya belon tu tak pecah juga. Kelakar je..


Makan biskut 3 keping. Lambat juga habis sebab makan dengan sopannya. Dah telan semua baru gigit yang lain. Hehe


Mak masuk acara isi air dalam botol. dapat juga hadiah walaupun dapat no. 5. (ada 5 hadiah utk acara ni)


Azri tengah tension sebab dia nak ambik gambar sendiri mak tak bagi.



Akhirnya dapat juga Azri jadi photographer.


Inilah hadiah-hadiah yang telah disediakan.


Acara rebut gula2. Aiman dapat 4, 5 biji terus lari. Orang lain dok rebut2 lagi. Betullah Aiman tak kisah. Ikut suka dia je..


Dan inilah hasil berpenat lelah hari ni. Ini termasuklah hadiah tempat ke 3 ayah masuk acara 'junjung gelas', azri dpt no 1 isi air dalam botol dan mak ayah no 4 acara lari ikat kaki berpasangan.


Inilah juga hasilnya. tido yg lebih nyenyak untuk Adib.

Dan....
tadaaaa............................................................................................................................................... memperkenalkan........................................harta terbaru kami...


DBL 3942, the new saga begins.. hari selasa hari tu dapat


kalau nampak tak bersih tu abaikanlah sebab kami baru balik dr jelapang, hujan, jalan berselut, lecak..(wah, banyak alasan tu..)

So, itulah kisah kami menyambut cuti sekolah. Tapi esok kami ada LADAP. Semua sekolah di Setiu diarahkan buat ladap esok (tapi le best dah buat hari Rabu kelmarin). Tak lehlah nak gi beronggeng di kg buluh esok. Harap-harap tak bosanlah program esok dan dapat selesai awal daripada yg telah dirancangkan..hehe..

1 comment:

  1. wah! congrats dapat saga baru! and congrats for the sukaneka, rajinnyer korang masuk segala acara tu... boleh wat parti tupperware tu! hehehe!

    ReplyDelete