Monday, April 13, 2009

hari malang

Setiap hari i akan ke sekolah dengan bersandal. Di sekolah i berkasutlah (sepasang kasut i tinggalkan di sekolah). Kadang-kadang kalau nak ke kantin atau ke pejabat yang sekejap-sekejap tu i pakai sandallah. Semalam, masa nak balik baru i perasan bahawa sandal i dah patah buckle nya. Sedihnya rasa sebab i baru beli sandal tu, adalah dalam 2 bulan. Sebelum ni pun sandal i mengalami masalah yang sama tapi yg tu i tak rasa sangat sedihnya sebab ia patah sebab tersangkut dan i tak berapa selesa dengan sandal tu. Tapi yang ni best dan i patah tanpa i ketahui bila masa sebenarnya ia patah dan bagaimana ia terjadi. Sebabnya semalam i tak pakai langsung sandal tu kat sekolah sebab i agak sibuk dengan kelas + perhimpunan dan hantar budak ke klinik. Minggu ni i jadi guru bertugas. Nasib baik hari tu i beli 2 pasang sandal baru, cuma yang ni kurang selesa sikitlah. I rasa nak hantar ke tukang kasut mintak dia jahitkan terus yg atas tu. Cuma...bila nak pergi?

Hantar budak ke klinik tu pun satu hal. Sakit telinga katanya. Rupa-rupanya semut masuk dalam telinga. Sebenarnya i ok je kalau kena hantar budak ke klinik, yang tak ok nya kena tunggu lama di KK Rahmat tu, tambah pulak semalam hari Ahad, klinik dipenuhi ibu-ibu mengandung. So lamalah sikit menunggunya, nasib baik i dah ready awal-awal bawa novel..hehe...

Pagi ni pulak, masa start enjin kereta, my husband perasan yg tayar kereta i bocor. So menumpang oranglah i pergi dan balik sekolah hari ni. i pun belum bertukar lagi tayarnya sebab mi husband belum balik lagi, ada meeting Jawatankuasa Kurikulum sekolah dia.

Kat sekolah pulak, ramai betul budak sakit hari ni. Masa i tengah ngajar PK HEM call bagi tau ada budak sakit perut kuat sampai pengsan dan dihantar ke bilik kesihatan. i dah cuak sebab i takde kereta, cikgu Zu pulak takde, gi hantar budak sakit juga ke klinik (2 kali dia ke klinik hari ni..tq k. Zu), Cikgu Nazri tak dapat dikesan. habi s kelas i gi lah jenguk ke bilik kesihatan tu, ada dalam 6 orang budak perempuan dok lepak sana, ada demamlah, pening kepalalah, senggugutlah, macam-macam. Yang geramnya kata sakit kepala tapi dok baca buku cerita, bila i tegur dia jawab tak baca, tengok je. I rasa nak sekeh je kepala budak tu. Yg kata pengsan tadi pulak dah ok, muka pun tak pucat lagi, tapi tangannya sakit. i sentuh pun dah mengaduh.
Me : Kenapa tangan sakit
She : terlanggar meja
Me : mcmn boleh langgar meja?
she : nak cepat gi ambik kertas markah periksa
me; nak gi klinik ke nak suruh cikgu call ayah?
she: tak pe lah cikgu
me: nak tunggu balik la ni (masa tu dah 1.30, balik pukul 2.30)
she: ye. tak pe lah cikgu
Me; Betul ke tak pe ni? Kang ayah awak marah cikgu dok ccara pulok?
she: ayah saya bukan cara ke saya pun cikgu.
me? ya lah awak ni. mak awak dok ccara jugak?
she: mak tiri (Masa ni i tak tahu nak cakap apa) Mak di nak meningal dunia)
me: awak je rasa gitu ni, awak sakit, ayah awak ccara eh..
dan i tinggal dia degan pesanan kalau ada apa-apa suruh budak pangil cikgu.

Nak balik sat ni pulak headgirl bawak satu handphone yg dirampas dari seorang pengawas tingkatan 4 di bilik kesihatan. Rupa-rupanya budak yg senggugut tu bawa handphone dan dok bersms di snana. Bila di semak mesejnya,ada 4 pakwe budak ni..abgSyg, mylove, papa dan Fik1. Hmmmm, budak-budak sekarang, tak main sorang-sorang ni, sekali sampai 4. Ntahlah.......

oklah, ngantuk ni, nak baraing jap sementara tunggu my kids balik, babai...................................

7 comments:

  1. I tau bgmn sakit telinga coz, i adalah pesakit telinga dari kecik sampai dh tua ni pun.Dr kt telinga i pernah pecah gegendangnya tp i rasa ok je, cuma ada masa telinga i ada bunyi bergendang je.. Sakit telinga sebab semut, biasa la, tapi ada orang sakit telinga sebab masuk lipas! ha ha ha!

    ReplyDelete
  2. ya, baru sehari dua ni dok bercerita kat sekolah pasal peristiwa itu....tapi pembetulan ya, anak lipas bukan lipas..

    ReplyDelete
  3. anak lipas kecik je, lipas tu besar..mana sama..hehe

    ReplyDelete
  4. Wah wah, kaya la tokey kasut kat kg buluh tu, bleh la bukak cawangan kat putrajaya. Asyik dok belis sandal baru je.

    ReplyDelete
  5. i pun nak beli kasut baru, nak pakai on stage nanti... lawa ke kasut kat kg buluh tu? bosan dah balik2 gi kasut you... tak lawa lak tu kasut kat situ, tapi tak tau dah nak gi mana...

    ReplyDelete
  6. ala susah2 pakai terompah je lagi tahan dan kuat.

    ReplyDelete