Friday, April 10, 2009

The begining

Alhamdulillah, bermulalah satu fasa baru dalam hidup kami..fasa pening kepala. Hari Ahad baru ni kerja-kerja awal pembinaan rumah kami telah bermula. Baru je buat tapak, belum gali-gali lagi dah sakit hati dah, Barang yang my husband order dari sebuah hardware di Jerteh pada hari rabu last week, tak sampai-sampai. Janji hari Ahad, tertunda-tunda dari sehari ke sehari mujurlah petang semalam sampai juga. Geram betul! Dah tu pulak, orang yang 'menambun' tanah kat tapak tu tak buat kerja dengan baik, tak sama tinggi, kami pun tak perasan sangat. Tukang kata nak kena tambun 2 kaki lagi yg sebelah kanan tu. Ni la benda-benda yg bakal melarikan budget nanti. Ntahlah. Hari tu minta tolong ayah mud belikan mixture simen, dia kata hari rabu bagila duit, dia nak ke KT hari Khamis, sekali dia sakit perut cirit-birit pulak, so hari ahad ni pulak baru nak pegi. Ish, banyak betul dugaan di permulaan ni. Harap-harap lepas ni semuanya akan berjalan lancarlah. Insyaallah.

Kat sekolah pulak selalu je kawan-kawan dok cerita buat rumah sampai bergaduh laki bini. First day start kerja kat tapak tu pun i dah terasa betul kata-kata diorang tu. Hari tu i ikutlah my husband ke sana dengan budak-budak bertiga tu. ye lah, anak-anak i kan nakal, Aiman tu lari-lari sana sini, azri pun sama sambil usik-usik kayu dan tali yang tukang guna untuk ukur dan tanda kerja-kerja dia tu. My husband mulalah bising marah budak-budak tu, kata susah bawa budak-budak. I pun geramlah, geram pada mu husband tapi i marahlah budak-budak tu, i kata u all (setelah di translate) duduk baik-baik, kang i pun tak dapat datang tengok ni, sedar-sedar rumah dah siap! Dalam hati sambung lagi..nanti potong gaji aku. Lepas tu barulah my husband ada ok sikit, i punya soalan yg sebelum tu dia tak berapa nak jawab pun dia boleh jawab balik (i kan tak reti pasal bina rumah ni). Semalam pun bila i nak ikut dia gi bayar upah tukang dan tunggu lori hardware pun dia ok je. Syukurlah. Harap-harap kerja besar ini tak lah akan menyebabkan kami pun bergaduh macam orang lain. biasalah kalau berselisih pendapat tu, tapi biasanya i akan mengalah... i kan baik........huhuhu

So, my brother and sisters, doakan yang baik-baik ye........ amin...

2 comments:

  1. InsyaAllah semuanya berjalan lancar lah nanti. Alah, masam2 muka, beselisih paham manja sekali2 tu biasala tu.. Dulu masa kami nak pindah rumah ni pun camtu jugak. Maklumla dua kepala dua citarasa berbeza. Tapi bila dah masuk tu, semua masalah hilang camtu je, yg geram2 & masam2 muka ari tu terus lupa. Maklumla, benda2 camni dua2 pun ada pressure sebab dua2 pun ada impian masing2 kan. Hmm, tak sabar nak tengok rumah besar tuh!

    ReplyDelete
  2. bawak besabau yer... takpun pegi la lawat kawasan time budak 3 beradik tu kat nursery supaya tak serabut...

    ReplyDelete