Setiap hari i akan ke sekolah dengan bersandal. Di sekolah i berkasutlah (sepasang kasut i tinggalkan di sekolah). Kadang-kadang kalau nak ke kantin atau ke pejabat yang sekejap-sekejap tu i pakai sandallah. Semalam, masa nak balik baru i perasan bahawa sandal i dah patah buckle nya. Sedihnya rasa sebab i baru beli sandal tu, adalah dalam 2 bulan. Sebelum ni pun sandal i mengalami masalah yang sama tapi yg tu i tak rasa sangat sedihnya sebab ia patah sebab tersangkut dan i tak berapa selesa dengan sandal tu. Tapi yang ni best dan i patah tanpa i ketahui bila masa sebenarnya ia patah dan bagaimana ia terjadi. Sebabnya semalam i tak pakai langsung sandal tu kat sekolah sebab i agak sibuk dengan kelas + perhimpunan dan hantar budak ke klinik. Minggu ni i jadi guru bertugas. Nasib baik hari tu i beli 2 pasang sandal baru, cuma yang ni kurang selesa sikitlah. I rasa nak hantar ke tukang kasut mintak dia jahitkan terus yg atas tu. Cuma...bila nak pergi?
Hantar budak ke klinik tu pun satu hal. Sakit telinga katanya. Rupa-rupanya semut masuk dalam telinga. Sebenarnya i ok je kalau kena hantar budak ke klinik, yang tak ok nya kena tunggu lama di KK Rahmat tu, tambah pulak semalam hari Ahad, klinik dipenuhi ibu-ibu mengandung. So lamalah sikit menunggunya, nasib baik i dah ready awal-awal bawa novel..hehe...
Pagi ni pulak, masa start enjin kereta, my husband perasan yg tayar kereta i bocor. So menumpang oranglah i pergi dan balik sekolah hari ni. i pun belum bertukar lagi tayarnya sebab mi husband belum balik lagi, ada meeting Jawatankuasa Kurikulum sekolah dia.
Kat sekolah pulak, ramai betul budak sakit hari ni. Masa i tengah ngajar PK HEM call bagi tau ada budak sakit perut kuat sampai pengsan dan dihantar ke bilik kesihatan. i dah cuak sebab i takde kereta, cikgu Zu pulak takde, gi hantar budak sakit juga ke klinik (2 kali dia ke klinik hari ni..tq k. Zu), Cikgu Nazri tak dapat dikesan. habi s kelas i gi lah jenguk ke bilik kesihatan tu, ada dalam 6 orang budak perempuan dok lepak sana, ada demamlah, pening kepalalah, senggugutlah, macam-macam. Yang geramnya kata sakit kepala tapi dok baca buku cerita, bila i tegur dia jawab tak baca, tengok je. I rasa nak sekeh je kepala budak tu. Yg kata pengsan tadi pulak dah ok, muka pun tak pucat lagi, tapi tangannya sakit. i sentuh pun dah mengaduh.
Me : Kenapa tangan sakit
She : terlanggar meja
Me : mcmn boleh langgar meja?
she : nak cepat gi ambik kertas markah periksa
me; nak gi klinik ke nak suruh cikgu call ayah?
she: tak pe lah cikgu
me: nak tunggu balik la ni (masa tu dah 1.30, balik pukul 2.30)
she: ye. tak pe lah cikgu
Me; Betul ke tak pe ni? Kang ayah awak marah cikgu dok ccara pulok?
she: ayah saya bukan cara ke saya pun cikgu.
me? ya lah awak ni. mak awak dok ccara jugak?
she: mak tiri (Masa ni i tak tahu nak cakap apa) Mak di nak meningal dunia)
me: awak je rasa gitu ni, awak sakit, ayah awak ccara eh..
dan i tinggal dia degan pesanan kalau ada apa-apa suruh budak pangil cikgu.
Nak balik sat ni pulak headgirl bawak satu handphone yg dirampas dari seorang pengawas tingkatan 4 di bilik kesihatan. Rupa-rupanya budak yg senggugut tu bawa handphone dan dok bersms di snana. Bila di semak mesejnya,ada 4 pakwe budak ni..abgSyg, mylove, papa dan Fik1. Hmmmm, budak-budak sekarang, tak main sorang-sorang ni, sekali sampai 4. Ntahlah.......
oklah, ngantuk ni, nak baraing jap sementara tunggu my kids balik, babai...................................
Bukan susah mana pun
-
1. Kereta park menyerong di petak parking sampai amik dua petak. Pastu park
lama lama. Kalau sekejab takpe la juga. Kan menyusahkan orang yang berlegar
leg...
6 years ago