Friday, April 23, 2010

panasnya cuaca.............................................

panasnya cuaca hari ni. sambil-sambil memasak kat rumah mak tadi, entah berapa jag air sirap habis diminum oleh kami sekeluarga. sekeluarga di sini maksudnya mak, k.long sekeluarga, za sekeluarga, my family dan azimah sekeluarga.

yang seronoknya, bila makan tembikai, hampir sebiji tembikai selamat masuk perut kami yang dewasa ni dalam masa yang singkat sahaja. untuk lunch, kena potong tembikai lain lak.

walau pun panas, tapi sebab seronok, maka kerja yang dilakukan kuranglah memenatkan. k.long dan ida menolong za mengemas dapur rumah yang berantakan akibat kerja2 pemasangan jubin. za tak boleh buat sendiri, nanti cawan lain diregukan dengan piring lain lak. nanti gelas di rak dah tak ada tapi dia masih teraba2 mencari... dia perlukan pembantu.

ngah dan ikhwan pula sibuk mengecat siling bilik bakal pengantin. manakala aku jadi tukang masak dibantu pijah yang sibuk memasak lompat tikam. maka menu hari ni.....gulai ikan haruan, sayur pedas pucuk midin dan ayam dan ikan goreng.

lepas jumaat, abg ya bawa balik 2 biji durian. tak lama lepas tu my suami datang bawa durian lagi. maka bertambahlah kepanasan kami dengan adanya durian itu.

balik rumah adib dan aiman tido dengan lenanya akibat kekenyangan. terima kasih kepada haziah yang sangat berbakat jadi mak mak dengan menyuap sepupu-sepupunya iaitu adib, ammar dan aleeya makan, sampai bertambah nasi lagi.

esok kena jaga exam, pagi jaga muet, petang jaga medsi/munsyl lak. sekolah lain-lain lak tu. anak-anak dok rumah baik-baik, jaga ayah ye..

4 comments:

  1. tak aci...... nak durian gakkkkkkkkkkkkkkkkkk!

    ReplyDelete
  2. .....sedapnya tembikai! Tapi ckLah tak dibenarkan menjamahnya!




    .....ginjal tak mengizinkan...

    ReplyDelete
  3. bilik pengantin tu kat ne? Siannya ngan za...
    Musim durian ke le ning? I la yg rugi x dpt sama2 merasai kemeriahan tu.

    ReplyDelete
  4. azimah- tu la, u balik terawal sikit je dari abg ya balik solat jumaat.
    ckLah- sabarlah, saya ni pun tak sedar diri, makan tak berpantang, lepas tu sakit macam-macam.

    eh, sakit ckLah tak boleh makan tembikai ye.. tak pernah tahu pulak, ilmu ni.. terima kasih

    k.jie- bilik pengantin yang turun temurun tu la, za macam biasa la dan sekarang bukan musim durian lagi, ni durian dari siam.
    a'ah, k.jie ngan t'dean je tak de dan izuddin (anak k.long yg lain semua ada).

    ReplyDelete