Alhamdulillah, walaupun agak perlahan, perkembangannya tetap ada dalam proses pembinaan rumah kami ini. Tukang pun nampak ok je, tak de buat hal. Yang agak melegakan bila tukang ada kata "buat rumah sekali je", harap-harap dia buat molek la. Setakat ni kerja-kerja menaikkan dinding sedang rancak dijalankan.
Ni masa kerja-kerja memasukkan tanah ke dalam beam dijalankan.
Gambar ni diambil pada minggu lepas. Minggu ni dinding bilik dah penuh sampai atas dah, frame tingkap dan pintu pun semua dah dipasang, begitu juga frame untuk ekzos fan, dah dipasang semuanya.
Hari Selasa baru ni, ayah bersama-sama tukang dan kawan2 tukang yang arif pasal kayu gi tengok kayu untuk bahagian bumbung nanti. Gi round satu Kelantan, sudahnya rasa macam akan ambik kayu di Setiu ni atau Besut je. Kalau nak pakai besi lama sangat nak kena tunggu. So pakai kayu je lah.
Kerja- kerja awal untuk wiring letrik pula akan bermula bila beam atas mula dibina.
Kita berhak bahagia
-
Dulu ada seorang kawan aku ni. Kuberikan nama dia S. Kawan masa degree.
Coursemate dan housemate juga. Anak peneroka macam aku juga. Jenis tak reti
bawak...
2 years ago
hmm..perkembangan yg baik.moga cepat siap n sempurna buatannya.
ReplyDeleteinsyaallah..
ReplyDelete