Friday, February 05, 2010

PERKEMBANGAN RUMAH KAMI

Pandangan sisi kiri
dalam proses pasang mekup atap dan melas bahagian dalam rumah


Tuesday, August 11, 2009

kuarantin la pulak

kuat sungguh penangan si b*bi ni. sekolah i dah diarahkan tutup mulai hari ni hingga hari isnin depan. hari selasa baru buka sekolah. hari nii mc lagi (kejap lagi baru nak gi kilinik, sambung mc). kawan2 maklum ada 1 kes positif h1n1. so i ni dah jadi lebih drpd cuti pertengahan penggal, cuti lebih darp seminggu, hehe. Eh, i tak kena kuarantin di rumah kan, sebab i dah 5 hari tak ke sekolah, kan azimah kan,kan..hehe

Sunday, August 09, 2009

hujung minggu yang panjang

Hujung minggu kami kali ni bertambah lagi 2 hari. Mak, Ayah dan Adib sakit mata. Azri dan Aiman masih selamat. 'Dresa' kata Azri ngan Aiman pun kena titik ubat juga. Gi ambik ubat kat farmasi, ubat titik tinggal 1 je, ramai orang sakit mata sekarang ni. Di KK Rahmat tu juga ada ramai budak sekolah mak yang dihantar ke klinik untuk saringan h1n1. Ada orang klinik kata ada 35 orang yg dihantar ke klinik oleh pihak sekolah hari ni. hmm, ngeri je dengar. minggu depan dan percubaan pmr. harap-harap semuanya tak serius. insyaallah.

Friday, August 07, 2009

Hari jadi yang sepi
.
.
.
.
.
entahlah...
.
.
.
.
.
hati rasa pilu...................................

Thursday, July 02, 2009

Kerenah Aiman

Tolong! Tolong! Keluarkan saya, saya tak buat lagi. Tolong! Saya "terangkap"..
(Lakonan Aiman di sebalik penyandar kerusi, kuat sungguh pengaruh tv!)

Tolong! Tolong! (Dia main di atas selusur tangga rumah mak tapi tak reti nak turun sendiri..hehe)


Hmmm, Aiman...nakl sungguh, tapi melucukan..

Cerita rumah kami 2

Alhamdulillah, walaupun agak perlahan, perkembangannya tetap ada dalam proses pembinaan rumah kami ini. Tukang pun nampak ok je, tak de buat hal. Yang agak melegakan bila tukang ada kata "buat rumah sekali je", harap-harap dia buat molek la. Setakat ni kerja-kerja menaikkan dinding sedang rancak dijalankan.

Ni masa kerja-kerja memasukkan tanah ke dalam beam dijalankan.

Gambar ni diambil pada minggu lepas. Minggu ni dinding bilik dah penuh sampai atas dah, frame tingkap dan pintu pun semua dah dipasang, begitu juga frame untuk ekzos fan, dah dipasang semuanya.

Hari Selasa baru ni, ayah bersama-sama tukang dan kawan2 tukang yang arif pasal kayu gi tengok kayu untuk bahagian bumbung nanti. Gi round satu Kelantan, sudahnya rasa macam akan ambik kayu di Setiu ni atau Besut je. Kalau nak pakai besi lama sangat nak kena tunggu. So pakai kayu je lah.

Kerja- kerja awal untuk wiring letrik pula akan bermula bila beam atas mula dibina.

Friday, June 26, 2009

info Lipas

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.