Wednesday, January 21, 2009

Demam, demam, demam

Nampaknya musim demam sedang melanda kami sekeluarga. Ayah seorang sahaja yang sihat (ayah dah demam masa semua orang sihat sebelum ni). Adib nampaknya dah ok, cuma masih ada sedikit selsema. Aiman demam tak kuat mana, ok la, Azri demam dari hari Jumaat, lega sekejap, nampaknya hari ni teruk balik. Mak demam selsema dan demam urat. Hari ni mak beli panadol extend 2 papan, buat standby. Mak beli juga panadol actifast, panadol untuk kanak-kanak, ubat batuk dan selsema anak-anak dan ubat lelah untuk tok, semua sekali kos beli ubat hari ni ialah RM60.00 lebih. Tok pun tak sihat. Cik Su beli alat untuk sedut lelah tok (kalau tak silap nebulizer nama alatnya) jenama Omron, dikongsi kosnya oleh adik-beradik mak. Harap-harapnya dengan ubat yang banyak dan segala usaha yang telah diambil ini keadaan kesihatan kami akan semakin baik. Tok pun nampaknya macam dah ok sikit. Tadi kami tengok tok dah berpeluh-peluh, Moga-moga itu tanda yang positif untuk kesihatannya. Doakan kami semua sihat ye...

Friday, January 16, 2009

gambar Azri Khatam Quran

Gambar ini di ambil diStadium Tertutup Gong Badak



Kek Hari jadi Aiman



Anak-anakku


Azri yang kurus. Baru masuk Tahun 1 dan tengah dok 'eksaited' nak membeli-belah kat koperasi sekolah. Ada je benda baru nak dibelinya, pembarislah, pemadamlah, pensillah, padahal semua tu dah ada pun. Sabo je lah....

Aiman yang tembam, nakal dan lucu. Yang ni memang betul-betul menguji kesabaran. Kalau balik dari mana-mana tu, sampai rumah dia buat-buatlah tido, berlakon... Nak angkat tak larat sebab dia berat, sama berat dengan Azri, so biar je, buat-buatlah nak tutup pintu rumah, nanti dia keluarlah.

Adib yang comel dan sangat baik. Selalu tersenyum. Masa ni bintik-bintik campak dah mula keluar tapi belum ketara sangatlah. Semoga cepat sembuh Adib...

p/s: Kak Jie & Azimah, u all tengok Adib ni iras siapa ye?

Musim demam

Sahlah Adib kena demam campak. Habis seluruh badannya keluar bintik-bintik merah. Dah keluar bintik2 tu barulah suhu badannya kembali normal. Pagi ni pulak Azri bangun dengan tangisan, dia pulak demam. Sebentar tadi dia muntah. Dan semua ketiga-tiga buah hati kami, Azri, Aiman dan Adib batuk pulak. Takpelah, ada masa seminggu lagi ni, insyaallah semuanya sempat pulih seperti sediakala, lepas ni kita nak jalan-jalan pula.

Wednesday, January 14, 2009

Adib masih demam-

Keadaan Adib masih lagi seperti 2 hari sebelum ni, cuma siang hari ni keadaannya baik sikit drpd sebelum ni. tapi malam ni nampaknya dia kembali seperti malam tadi. Risau juga sebab nampak dia macam ada ruam pada kulit. Takut-takut itu adalah campak. Nampaknya esok kenalah ke klinik sekali lagi.

Tuesday, January 13, 2009

Adib demam

Dah dua hari Adib demam, badannya sangat panas pada waktu malam, siang hari kurang sikit. Dia mahu didukung selalu, kalau masuk buai pun perlu dienjut sokmo. Masalahnya dia susah nak makan ubat. kesian dia. Menangis je. Hari ni ibunya cuti untuk menjaganya. Harap2 hari ni makin baik. Esok mak kena ke sekolah, perlu selesaikan pendaftaran masuk stpm & muet pertengahan tahun pelajar tingkatan 6 2009.